44 Backlink? Ape tu?


Salam semua.2 hari tak update.Terasa sunyi bile berdepan dengan blog yang tak tahu mana arahnya.Kekangan aktiviti dan masa membuatkan ku tak sempat untuk meringankan jari menaip entry.Dengan ketiadaan shoutbox selama 2 3 minggu ni,terasa semakin hari semakin sunyi tanpa visitornya.Trafik? Usah di kenang pada bende yang takkan wujud dalam blog ni,jika rajin,dapat la untung trafiknye.Tak gitu?

Bagaimana datangnya trafik untuk sesebuah blog? Adakah secara External link (Bloglist) mahupon secara Internal Link (Backlink) ?Adakah anda seorang pendekar berkuda,seri bahasa mahupon ar-rifke yang sering bermain dengan keyword seo? Berblogwalking umpama blogger naz ? Sentiasa update entry seperti ben ashaari? Yes,semua tu faktor utama untuk raih trafik yang mencanak setiap hari.Setuju?

Tapi cube pikirkan,jikalau anda ditakdirkan untuk berjauhan dengan blog buat jangkamasa yang lama.Ape yang anda pikirkan? Ternyata berbunyi sebegini  "Abisla trafik aku minggu ni,kompem teruk" Tak gitu bukan? Jangan terlalu "sinuous" dengan pemikiran sedemikian, sebabnya disini la fungsinya backlink yang anda lakukan semasa berblog untuk raih trafik walaupon anda tiada masa untuk berblog.Paham? Ku cube detailkan maksud backlink disini,agar tegar untuk anda pahamkan..

Maksud Backlink
Backlink merupakan link yang menuju ke halaman website kita yang berasal dari halaman website orang lain.Contohnya,URL blog ku terdapat dalam artikel si polan ni,maka dari situ terhasil satu backlink daripada blog si polan tersebut.Paham?

Dari mana nak hasilkan Backlink
1.Melalui comment entry pada sesebuah blog - Berfungsi dimana,jikalau anda perasan,pada ruangan comment terdapat nama(URL) dan gambar komentar,maka backlink yang terhasil adalah melalui nama yang bersedudukan dengan URL blog anda.

2.Melalui Artikel/Entry - Berfungsi dimana,apabila penulis entry meletakkan satu nama or link anda dalam entrynya,dan dari situ kita dapat jana backlink secara tidak lansung.Cara sebegini ramai yang mempraktikkannya.Setuju?

3.Melalui CommentLuv - Sampai sekarang ku tak nampak bukti dimana cara sebegini dapat menigkatkan backlink pada sesebuah blog.Banyak yang mengatakan cara commentluv ini mampu jana backlink yang banyak,tetapi tiada pembuktian yang betul2 mengatakan commentluv adalah cara untuk mendapat backlink.Percaya?

4.Melalui Blog Directory - Berfungsi dimana menghantar sesuatu link URL blog mahupon link artikel anda yang berada di satu website yang menawarkan linknya dipamerkan.Contoh terdekat,innit nuff mahupon gengblogger.Pasti ramai yang mengetahuinya bukan?

5.Melalui Signature dibawah artikel - Cara sebegini banyak yang dilakukan oleh para2 blogger untuk meraih backlink yang banyak,tapi belum terbukti lagi bagaimana dengan cara ini dapat menjana backlink.Adakah anda tahu? Sila berkongsi k.

Kebaikan membina Backlink
1.Membantu menaikkan Pagerank (Google sahaja)
2.Membantu dari segi kedudukan SERP

"Kebiasaanya backlink dirujuk sebagai salah satu proses dalam search engine optimization.Adakah backlink itu penting? Ya, ia penting, tetapi backlink semata2 bukan faktor muktamad penentu kedudukan seo setiap search engine mempunyai formula dan kaedah masing2 dalam menilai backlink, dan perbezaan yang paling jelas adalah yahoo backlink dan google backlink. Kedua-duanya mempunyai cara yang berbeza dalam menilai backlink yang mana Google backlink hanya mengambil kira Dofollow backlink manakala Yahoo tidak"

Kredit : Wangsiber.com

Jom tengok kekuatan hasil Backlink menerusi trafik yang ku dapat hanya dari backlink.Bia sikit,tapi memadai dengan hanya duduk berdiam diri tanpa berblog.

Hasil Backlink/trafik yang datang masok blog ku selama seminngu.sikit bukan?


Tapi yang pelik,korang perasan url http://jejariruncing.blogspot.com/,tu bukan blog aweks En Fahmi ke? Maafkan ku kerana tiada niat untuk menarik publisiti dengan blog yang tengah hot sekarang ni.Cuma mahu melahirkan kebenaran tentang backlink.Bagaimana sampai 20 kali si lia tu masok blog ku? Korang nak tahu ape yang ku buat? Ku just tepek SATU COMMENT ENTRY SAHAJA dalam entry beliau,tapi yang datang berpuluh-puluh.

Nampak tak,kekuatan backlink dalam mempengaruhi sesuatu trafik yang dijana adalah melalui comment entry sahaja.Fuh.Menakjubkan.So,macam mana? Harap terang berderang ku cerita pasal backlink ni.Terima kasih kerana berkongsi.zas~

Notakaki ~ Nak tahu berapa jumlah backlink korang? Klik sini.

44 comments:

kaizen shinobi said...

picture tuh bukan sepenuhnya backlink. Memang backlink la jugak... hohoh

tuh traffic yang datang dari link.

backlink nih link yang orang letak kat blog dia.

dan juga link yang kita letak sendiri. contoh yang ko cakap tuh la, blog aggregator.

ngeh3... dah menyeluruh dah ko cakap niH~ wahaa!

Unknown said...

thanx sharing info ni bro..=))

cik miera said...

wahhh...gitu upenye..hihi..nk jugak la cuba..kih3

Nazifa M.Zali said...

nice sharing!
sape taw kuasa backlink kan?

Zaer!! said...

@kaizen shinobiHahaha.Mekasih bro kaizen.Yang kurang,aku try untuk tingkatkan.Yang bebal hanya datang dari diriku.Ku sekadar berkongsi.ahakssssss.;p

Zaer!! said...

@zalinWelcome bro zalin.Thanks jugak yea.;p

Zaer!! said...

@cik mieraAhakss.cuba jangan tak cube miera.;p

Zaer!! said...

@BulanNice sharing tooo bulan.com.ahakss..tu la,sape tahu kuasa backlink ni kan??

Woofer Storm said...

tq ngan info menarik ni.hehee
sy budk baru bljr bro.

Unknown said...

btl2..lau ada baclink mang naik cpat oo..hehe

saddam said...

huhuhu cayalah zaer.. best info nie.. yang dr jejriruncing tu.. itu namanye rezeki backlink..hihihihi

fiezah91 said...

haha..aku faham entri ko.. huhu..
weh apa kes ko senyap? haha..cbox mana?erksss? ke aku yg senyap ni?ahaha

Unknown said...

hahahaha~~ ! aku promot nama hang kat blog si Elia tuh !! padan muka ang no~!

hebat tak aku? hebat tak?

haha~! siapa percaya kan? ang pi tengok sendiri la derr~...

erk...banyak plak trafik aku bagi kat ang minggu ni erk? miyahahaha~!
pedulik apa aku di situ~!
yang penting support kengkawan yang lemak berkrim dan disukai ramai...tak gitu zaer?? Yeaahha~!

Unknown said...

backlink nama aku banyak je naik kat blog ang ni...wakakaka~...

Unknown said...

blog aku x dibacklinks.... sob2... tp backlinks ni mmg bagus , yg best di bawah komen mcm aku nk buat nih...

Tips promot contest korang dgn cara betul

Lydia Miza said...

owh..ajat2 akhir br sis phm..slow je akak mu ni zaer sayam..haha.apa pun tq tq tq.sis dah phm.

NuSaNa NoSa 91 said...

terang lg bersuluh zaer~ fuhhh~~ thanx ye sudi share.. selama ni wat tatau je mende2 cmni.. teheheheee~ ^_^

Gayahspears said...

wah..nilah kekuatan backlink ya...
cayalah pokcik zaer!!! terbaik dr ladang beras ko ni...

p/s : maaf bls jejak bls tenet slow cam hare J... hahahah


woi2.. smart tak blog baru aku, jgn jeles..lalalalarikkk

NuSaNa NoSa 91 said...

bz sgt2 la zaer.. w/pon baru start kuliah mingu nih, tp mcm2 keje dpt.. waaaaa~ T__T
skrg ni dh semakin jrg bw + update entry.. hu3~ T__T
kuliah zaer cmne?? ok?? ^_^

Loyar Lawa said...

thx bro, slama nieh xtaw pon natang apa backlink tuhhh... huhuhuhu

Zazachan said...

pentingnya komen blog org..huhu

masmurni said...

menarik enrty ni..sangat membantu..
tq... :)

eRza farEeha said...

nice info..nk komen org myk2 la..haha

Izan Ishak said...

zaer...sungguh hebat penangan backlink ni ye~

blog-tips-kurus said...

dek oitt,
para-para = sejenis rak daripada kayu. ingat tu!

* tiba-tiba nak betulkan tatabahasa En. Zaer. Jangan marah yek;)

Lagenda said...

Gud tips utk mak yg slow leaner nih!

Unknown said...

helo bro hensem....
aku still hidup lgi

RedBoys said...

terbaiklah zaer. pandai mengarang entri sekarang. makin maju blog ni. teruskan menghasilakn entri macam ni lagi. yeah

ikhlas,
RB~!

najihah sahami said...

ahaks!!setuju2...kuasa backlink memang hebat. lebih2 lagi kalau blog di review. hehe...perkongsian yang berguna la derr..

:P

pu3mas said...

oo yeke? baru mas tau.. TQ zaer.. tapi masih xbrape nak phm daa..

Cikpuan Qiqi said...

hehehe...zaer mmg dasat..memang tak bole blah pengikutnye.ehheheeeee

Izamir Ridzwan said...

wahhh menasik cerita pasal backlink ni.. td IR check total backlink yg IR ada stkt skrg ni baru 36..

Affan Ruslan said...

gambar tu bukan backlink. tapi site referrel sahaja :)

backlink adalah link yang diindex, kalau tak silap aku hoho

Unknown said...

kena rajin2 komen
la nampkanye ye...

Faizal Fredley said...

hahahh..baru perasan dlm backlink dr blog aku pun ada..walaupun x byk macam si pendekar tapi tetap ada..bangga lol..haha

Woofer Storm said...

bacclink aku siput je,,,ermmmm,tnyta aku fail..ngeeeee
mat mlm zaer

deCrewz said...

Ces.. Lembap pulak da PC ofis aku ni.. Nak cek x blh...
p/s : Zaer nak rampas aweks si Fahmi tu ke...wakakaka

CIK TOM said...

backlink bagus untuk mantapkan trafik...huhu..

Aretikz said...

Sebab itulah betapa pentingnya kita mengomen juga.. hehe..

Part commenluv memang backlink.. memang best komen blog yg ada comment luv ni.. cewah.. mcm promot blog aku jak ni.. haha..

Miss Yaty said...

thanks zaer share entry backlink ni...makin paham apa itu backlinks :)

UNICHI YJ said...

thx uncle...lpsni kna wt backlink ni,kekeke :P

Anonymous said...

Thanks for some quality points there. I am kind of new to online , so I printed this off to put in my file, any better way to go about keeping track of it then printing?

Anonymous said...

Couldnt agree more with that, very attractive article

Henry Zackery said...

terimas untuk info yang sangat berguna bagi ku ini :) Blog Bebas

 
zaerr.com