0 Orang Kurus Bukannya Penagih!


saya yakin mesti sudah ramai yang menyatakan perkara yang sama terutama yang kurus lah kan.. Kenapa mesti kurus jer dia di cop penagih? Tak ada mende lain ke nak kaitkan? Contohnya, dia tak cukup makan ke? Dia mengamalkan diet ekstrem ke? Ataupun dia yang kurus tu punya metabolisma yang tinggi ke? Takdelah sakit hati sangat kan kalau nak dibandingkan dengan penagih! Tak gitu?!
Dan macam tu lah apa yang aku rasa.. Sekali dua aku tak kisah la kan.. Tapi kalau berkali-kali orang cakap macam tu pun memang sakit hati.. Sampaikan orang yang sama menyatakan perkara yang sama berkali-kali.. Bila sekali aku dah katakan ‘tidak’ maka jawapan untuk kali kedua dan seterusnya tentulah ‘tidak’! Takkan itupun tak paham..

saya tak pernah mengambil mana-mana pun najis dadah waima untuk mencuba sekalipun.. Tak pernah! Diulangi, tak pernah! Menyentuh memang pernah.. Ya.. Itulah yang aku bersyukur sangat dengan kekentalan hati yang tidak pernah berminat pun untuk mencuba najis-najis ini.. Yelah, dulu aku memang ramai rakan-rakan yang mengambil dadah, tapi aku tak pernah bangga pun nak mengikut rentak mereka..

Rokok? Memang saya perokok yang tegar.. Tapi menghisap rokok tak semestinya perlu mengambil dadah.. Itu pemikiran yang tradisional ok! Dari dulu lagi aku dengar “jangan hisap rokok, sebab rokok lah boleh terjebak dengan dadah” Haha.. saya nie ok jer.. Tak pernah pun nak ambil dadah walaupun peluang untuk mencuba itu memang tinggi (rujuk perenggan di atas).. Lagipun, ada jer orang tu ambil dadah dulu sebelum menjadi perokok.. Macam mana tu?

Ouh.. Aku tak pernah pun menyarankan sesiapa diluar sana untuk menghisap rokok.. Rokok tu memang membahayakan kesihatan.. Itu memang satu fakta yang tak boleh disangkal.. Aku cuma mahu membuat perbandingan pemikiran kita dalam sesuatu subjek.. Memang itu yang menjadi kebiasaannya.. Berfikir cuma didalam kelompoknya.. Cabangkan pemikiran sebelum tuju pada satu titik yang pasti.. Chow!

walaupun aku kurus, aku tetap kuat beb! =P

0 comments:

 
zaerr.com